en EN ms MS

PIMPIN SEDIAKAN MAKANAN PERCUMA

Dewan Ilmu, Kampus Alam Pauh Putra, 5 Oktober 2024 - Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Sahabat Pusat Islam (SPI) hari ini telah berhasil memberikan sarapan percuma kepada Ibubapa dan waris serta para pelajar yang hadir bagi membuat pendaftaran sebagai pelajar baharu ijazah ambilan tahun 2024/2025. Pemberian sarapan percuma ini diberikan kepada seramai 500 orang seawal 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Peluang ini merupakan peluang yang sangat bermakna bagi PIMPIN bagi memperkenalkan Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) kepada pelajar dan waris dengan lebih dekat.

"Penglibatan PIMPIN dalam sesi pendaftaran pelajar pada tahun ini sememangnya memberi impak yang positif terutamanya kepada warga baharu Universiti Malaysia Perlis iaitu pelajar yang baharu mendaftar agar mengenal PIMPIN dengan lebih dekat dan memahami kerja serta tanggungjawab yang telah dijalankan PIMPIN. Ia juga merupakan peluang bagi menambah keyakinan warga UniMAP apabila PIMPIN dapat berkongsi dengan lebih dekat sumbangan dan bantuan yang telah disampaikan kepada individu atau komuniti yang memerlukan. Perkara ini juga sudah pasti akan menarik perhatian dan minat para pelajar untuk bersama PIMPIN memimpin masyarakat", kongsi Ustaz MUhammad Adib bin Hj Hassan, Pengarah PIMPIN.

Dikesempatan ini juga, PIMPIN berpeluang berkongsi rekaan kopiah UniMAP yang dijual kepada orang ramai sebagai usaha mempertingkatkan kewangan dan menjana pendapatan Surau UniMAP Pauh Putra untuk kepentingan bersama. Menurut Unit Ekonomi Surau Pauh Putra, jualan kopiah pada hari pendaftaran berjaya mengumpul jualan sebanyak RM435.00 dalam masa kurang 4 Jam.

Penglibatan PIMPIN pada hari pendaftaran ini juga melibatkan akiviti perkongsian ilmu wakaf serta pendanaan wakaf bagi persiapan memasuki pentdbiran Kompleks Masjid dan Pusat Islam yang dijangka siap pembinaanya pada pertengahan tahun 2025.