SURAU UniMAP, KAMPUS ALAM PAUH PUTRA, 25 JANUARI 2024 - Seramai 38 orang kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang layak telah menerima sumbangan Zakat staff Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN). Penilaian kelayakan penerima sumbangan zakat ini ditentukan mengikut pengiraan Had Kifayah setiap pemohon.
Majlis penyampaian Sumbangan Zakat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor UniMAP Prof. Dato' Ts. Dr. Zaliman bin Sauli. Turut hadir bersama adalah Timbalan Naib Canselor HEPA Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.
Majlis Sumbangan Zakat Staf atau Program Bakul Makanan ini merupakan program yang diadakan dan dikelola sepenuhnya oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan pada setiap tahun.