Pada tahun ini masih lagi memperlihatkan akan sikap kerjasama pelajar-pelajar UniMAP yang hebat. Pelajar Muslim dan Non-Muslim turun sama-sama membantu. PIMPIN masih menyantuni pelajar-pelajar non-muslim dengan pembelian lauk khas untuk mereka. Sungguh ringan tulang membantuk menyedok makanan untuk mereka yang berpuasa. Hebat....
Setiap petang saya turun melihat dan menyantuni pelajar-pelajar semua ceria dan happy. "Jimat duit kami ustaz" dan 2 tahun kami duk makan macam ni dalam "Posa". Terharu saya bila melihat dan dapat meringankan bebanan kewangan mereka. Pemantauan ini perlu dibuat sebabnya dari sinilah kita akan dapat cari apa penambah-baikan pada tahun berikutnya. Syukur alhamdulillah salah satu penambah baik yang telah diusahakan seperi steamer nasi kukus yang memberi impak besar tanpa kerak. Cepat. Jimat gas. Jimat tenaga kerja. Ianya dapat menjimatkan beras. Bayangkan kerak nasi sahaja dibuang setiap hari antara 7 hingga 10 kg bagi 120 kg masakan.
Selama 10 hari ini juga saya melihat kerjasama yang sgt hebat dalam menyediakan juadah berbuka. Baik staf UniMAP.. Mahupun mahasiswa UniMAP. Tanpa 100 orang volunteer UniMAP terdiri daripada MPP. Sahabat Pusat Islam (SPI) dan lain2 kelab bergabung tenaga dengan hebat sekali. Tambahan pula dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Seri Zambry Abdul Kadir, sungguh meriah. Tak lekang ucapan terima kasih mereka kepada PIMPIN kerana memberi peluang untuk berkhidmat dan berbakti ketika Ramadan al Mubarak 1445H 2024.
Ketika ucapan terakhir semalam, saya sendiri rasa sedikit terharu dan sebak melihat semua crew petugas sukarelawan menyatakan komitmen bersungguh2 nak bantu PIMPIN lagi untuk tahun-tahun mendatang. Hakikatnya mereka tak sabarzzzz untuk masuk berada dalam team "Masjid Baru" nanti. Pastinya akan lebih rancak bila dah siap masjid. Teruskan menabur bakti wahai alumni UniMAP. Pada kali ini pun ramai Alumni UniMAP secara khusus dan konsisten menolong.
Saya dan PIMPIN juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua Staf UniMAP, Dekan-Dekan dan Ketua-ketua Jabatan yang turun dan memberikan komitmen yang tinggi memproses bahan mentah dan memasak. Semuanya adalah kawan2 dan sahabat2 yang rapat dengan saya. Dari segi tenaganya, duit kupang xyah cakap. Semuanya terlalu banyak memberi. Opss.. Terima kasih kepada chef-chef hebat dari UniMAP. Farah, Eita, En Din & En Zahirudin tanpa mereka sajian dan hidangan ini tidak menjadi realiti.
Pastinya penghargaan khas buat Y.Bhg Dato' Naib Canselor yang sentiasa bertanya khabar dan keadaan semasa di Majlis Iftar. Ini menjadi pendokong kuat PIMPIN. Tidak dilupakan pengurusan tertinggi UniMAP. Y.Brs TNC HEPA yang sentiasa membantu saya dapatkan very big sponsor.. TNC A&A dan TNC P&I. Puan Pendaftar. Puan Library.
Saya bagi pihak PIMPIN dengan rendah diri memohon maaf sekiranya ada terdapat sebarang salah dan silap dalam mengendalikan Ifthor Jamaei UniMAP 2024 1445H bagi tahun kedua ini. Jika ada sebarang cadangan dan komen bolehlah memaklumkan kepada saya untuk penambah baikkan di tahun hadapan.
Kesempatan ini marilah sama kita beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan dengan memberi fokus yang terbaik. Benarlah Allah meletakan Ramadan ini sangat mulia kerana di dalamnya ada asbab al-Quran. Kemuliaan ini terlalu hebat nak dibandingkan dengan bulan yang lain. Dari segi doa yang mustajabnya, keberkatannya, rezekinya, kelembutan hati2 insan yang pemurah dan kehebatan manusia yang sentiasa tolong menolong. Semuanya fastabiqul khairat. (berlumba dalam melaksanakan kebaikkan). Mana nak cari semua ini melainkan itulah Ramadan al-Mubarak.
Untuk akhirnya, saya dan PIMPIN mendoakan kebaikan buat semuanya. Limpahan rezeki, kesihatan yang baik dan berpanjangan, kemanisan beribadah sepanjang masa, kemudahan urusan harian, keluarga sakinah dan mawaddah, dosa2 yg terampun, pahala yang berganda. Semoga Allah kurniakan syurga yang tertinggi buat kita semua. Amin ya Rabbal alamin.
pssttt... Kalau nak tau suasana Ramadan di UniMAP melalui Drone cari dalam FB PIMPIN. ok byeee..
Muhammad Adib Haji Hassan
Pengarah
Pusat Islam dan Pembangunan Insan
Universiti Malaysia Perlis