sejarah

LATAR BELAKANG    
       
Dahulunya Pusat Islam hanya dikenali sebagai Unit Agama Islam yang ditubuhkan pada Julai 2003. Unit Agama Islam juga berperanan sebagai penyelaras segala aktiviti keagamaan, rohani serta pengisian-pengisian agama kepada mahasiswa dan mahasiswa serta seluruh kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Secara umumnya Unit Agama Islam tidaklah memfokuskan kepada bidang-bidang pengkhususan tertentu sebaliknya lebih bersifatkan kepada kebajikan (menyelaras aktiviti keagamaan untuk warga kampus serta khidmat nasihat dan sebagainya.

Selaras dengan perkembangan UniMAP dengan terbina kampus tetap alam di Ulu Pauh Perlis serta pertambahan bilangan pelajar dari tahun ke setahun maka akan terbinalah Pusat Islam bagi meneruskan percambahan minda mahasiswa dan mahasiswi muslim. Dengan adanya Pusat Islam ia mampu meletakkan asas akidah yang kuat serta melahirkan modal insan yang bermoral walaupun di luar bidang pengajian yang mengenal hakikat duniawi serta ukhrawi.

Proses Pendidikan kerohanian diserapkan melalui pelbagai aktiviti seperti kelas pengajian Al-Quran , kelas pengajian selepas maghrib, kelas fardhu 'Ain, seminar, forum, bengkel dan penyebaran risalah dari masa ke semasa.   Pusat Islam amat menggalakkan seluruh warga kampus UniMAP menggunakan kompleks ini bagi aktiviti dan program keagamaan secara berjemaah di samping memberi peluang termasuk kepada yang bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Dalam perkembangan yang lain pula, UniMAP akan mempunyai 3 kelompok kampus yang akan dibina iaitu di Ulu Pauh ( Kampus Utama ), Kampus Bandar ( Jejawi,Seriab & Kangar ) dan Kampus Sg. Chuchuh (UniCITY). Maka pecahan serta unit-unit kecil Pusat Islam akan terbentuk bagi memastikan setiap perancangan dan penyelaras terhadap aktiviti keagamaan dapat di salurkan.

JUSTIFIKASI PENUBUHAN PUSAT ISLAM

Ianya merupakan asas untuk memperkayakan sumber ilmu yang berasaskan Islam di mana setiap universiti mempunyai Pusat Islam yang menjalankan segala urusan kemasyarakatan dan Hal Ehwal Agama Islam. Memandangkan UniMAP kini semakin pesat membangun sebuah Pusat Islam yang lengkap difikirkan wajar bagi menampung jumlah staf dan pelajar yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

Kini UniMAP memperolehi hampir 2,300 orang staf dan 14,000 orang pelajar di mana majoriti dari jumlah tersebut beragama Islam. Para pelajar UniMAP bukan sahaja dari warga tempatan malahan dari kalangan Negara-negara Islam seperti Yemen, Indonesia, Bangladesh, China, Syria, Sudan, Iraq dan ini memerlukan tempat untuk mereka beribadat. Penambahan pelajar kepada 10,000 orang menjelang 2015 menunjukkan betapa manfaatnya Pusat Islam itu nanti. Ianya bukan sekadar tempat ibadah bahkan menjadi satu alternatif penganjuran aktiviti ilmiah serta program-program bercorak keagamaan yang menjadi manfaat untuk seluruh warga UniMAP. Selain itu, ianya boleh dijadikan Pusat Islam bagi masyarakat setempat memandangkan masjid sedia ada agak jauh dari kawasan tersebut.

Seperti di universiti lain Pusat Islam UniMAP juga akan bertindak sebagai :

    Pusat penyebaran dakwah dan ilmu Islam
    Tempat beribadah
    Kegiatan kemasyarakatan