soalan lazim

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Pusat Islam UniMAP

1. Apakah itu Pusat Islam UniMAP?

Pusat Islam merupakan sebuah Jabatan yang ditubuhkan di kampus Universiti Malaysia Perlis. Dahulunya Pusat Islam hanya dikenali sebagai Unit Agama Islam yang berperanan sebagai penyelaras segala aktiviti keagamaan, rohani serta pengisian-pengisian agama kepada mahasiswa dan mahasiswa serta seluruh kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selaras dengan perkembangan UniMAP dengan terbina kampus tetap alam di Ulu Pauh Perlis serta pertambahan bilangan pelajar dari tahun ke setahun maka akan terbinalah Pusat Islam bagi meneruskan percambahan minda mahasiswa dan mahasiswi muslim. Dengan adanya Pusat Islam ia mampu meletakkan asas akidah yang kuat serta melahirkan modal insan yang bermoral walaupun di luar bidang pengajian yang mengenal hakikat duniawi serta ukhrawi.

Proses Pendidikan kerohanian diserapkan melalui pelbagai aktiviti seperti kelas pengajian Al-Quran , kelas Pengajian selepas maghrib, kelas fardhu 'Ain, seminar, forum, bengkel dan penyebaran risalah dari masa ke semasa.   Pusat Islam amat menggalakkan seluruh warga kampus UniMAP menggunakan kompleks ini bagi aktiviti dan program keagamaan secara berjemaah di samping memberi peluang termasuk kepada yang bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.


2. Siapakah Pengarah Pusat Islam UniMAP?

Pengarah Pusat Islam ialah Ustaz Haji Hassan bin Haji Arsyad

3. Bilakah Pusat Islam UniMAP ditubuhkan?

Pusat Islam ditubuh sama umur dengan UniMAP yang dahulunya dikenali sebagai KUKUM. Mula beroperasi di Tingkat 1 Bangunan KWSP (Jabatan Pendaftar) dengan 3 orang staf pada ketika itu dan pada tahun 2004 Pusat Islam telah berpindah ke Tingkat 3 Bangunan Hong Leong Bank Pada tahun 11 April 2011.

4. Bilakah Pusat Islam telah dinaiktaraf

Pusat Islam telah dinaiktaraf dari Unit Agama Islam pada 17 Ramadhan 1431 H bersama 27 Ogos 2010 oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibn Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Dewan 2020 bersempena Ihtifal Ihya’ Ramadhan 1431 H 2011 M.

5. Di manakah lokasi operasi Pusat Islam UniMAP ?

Pusat Islam beroperasi di pejabat sementara di No 30, 32 & 34 Jalan Besar Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis. Pusat Islam masih menanti pelaksanaan Masjid dan Bangunan Pusat Islam di Kampus Pauh Putra pada RMK-11.

6. Apakah matlamat penubuhan Pusat Islam UniMAP

Adalah penting untuk menjadi pusat perkhidmatan yang menekankan aspek kekuatan aqidah, ketrampilan diri, personaliti dan akhlak yang unggul sesuai dengan status mahasiswa kejuruteraan sebagai golongan ilmuan, cendekiawan dan intelektual.

Untuk mencapai matlamat tersebut Pusat Islam akan:

- Merancang dan menganjurkan aktiviti mahasiswa yang berbentuk kecemerlangan sahsiah dan  kecemerlangan akademik yang selari dengan misi dan visi UniMAP untuk menjadikan lepasan UniMAP lebih berakhlak mulia.

- Merancang dan menganjurkan aktiviti yang dapat menggalakkan dan memberi peluang kepada semua warga kampus untuk mempraktikkan dan menghayati agama Islam yang syumul dan kamil mengikut acuan al Quran dan as Sunnah.

- Merancang, menganjur, menyelaras dan mengendalikan aktiviti bagi tujuan pendidikan, penyebaran, pengembangan dan percambahan ilmu, kemajuan Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta kemahiran beribadah kepada semua warga kampus.

- Menyediakan khidmat professional dan perundingan kepada warga kampus dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia), Institut Dakwah Islam (PERKIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JHEAIPs (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis), Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis serta Pusat-Pusat Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam urusan keagamaan.

- Memberi kefahaman kepada orang yang bukan Islam tentang ajaran Islam yang sebenar.

- Memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

7. Apakah Misi dan Visi UniMAP?

MISI : Mendidik masyarakat agar memartabatkan Islam melalui integrasi ilmu, iman dan amal

VISI : Model pusat perkhidmatan yang unggul dalam penerapan idealisme dan dinamika islam

8. Siapakah yang perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak Pusat Islam UniMAP

Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis
No 30, 32 & 34
Jalan Besar Kuala Perlis
02000 Kuala Perlis,
Perlis.

Tel : 04-9851693
Faks : 04-9851694

E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

9. Untuk maklumat tambahan mengenai Universiti Malaysia Perlis sila klik link ini

http://www.unimap.edu.my/index.php/my/unimap-pelajar-kampus/unimap-soalan-lazim

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

allawardsThe spectacular international achievement of UniMAP. This page collected all the achievements of UniMAP.