FAQ

Soalan-soalan Lazim Berkaitan UniMAP

1. Apakah itu UniMAP?

Universiti Malaysia Perlis (dahulunya dikenali sebagai KUKUM) yang ditubuhkan sebagai sebuah IPTA yang ke 17 bertujuan melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong pelan industri negara, selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis.

2. Siapakah Naib Canselor UniMAP?

Naib Canselor UniMAP adalah YBhg. Brig. Jen. Profesor Dato' Dr. Kamarudin Hussin.

3. Bilakah UniMAP ditubuhkan?

Pada 2 Mei 2002, KUKUM (UniMAP) mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/3 seramai lebih kurang 116 orang pada 20 Jun 2002. Pada 1 Februari 2007 KUKUM telah dikenali sebagai UniMAP bagi proses penjenamaan semula universiti.

4. Di manakah lokasi UniMAP ?

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar. Dua buah Pusat Pengajian telah mula beroperasi di kampus tetap UniMAP ini iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan. Majlis perasmian pembukaan dan doa selamat telah diadakan pada 2 November 2009 yang telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Dato' Naib Canselor UniMAP dan dihadiri oleh semua staf UniMAP. Manakala bagi pusat pengajian yang lain, proses pembinaan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus UniMAP adalah merupakan sebuah kampus yang bersifat bertaburan (distributed) di sekitar Perlis.

5. Apakah Misi dan Visi UniMAP?

Misi UniMAP: ialah untuk melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan berdaya saing idustri negara.

Visi UniMAP: ialah untuk menjadi institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.

Nilai Teras UniMAP: ILMU KEIKHLASAN KECEMERLANGAN

6. Apakah Anugerah dan Pencapaian yang telah diterima oleh UniMAP?

UniMAP telah mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan di peringkat negara mahupun antarabangsa dari segi pengurusan universiti, penyelidikan, kajian dan sebagainya lagi. Antara anugerah dan pencapaian yang diterima ialah:

  • QS Star Rating – 3 Stars
  • SETARA/D-SETARA – Tier 5
  • MyMoheS – 5 Stars
  • The Golden Europe Award for Quality & Commercial Prestige
  • The New Era Award of Technology, Innovation & Quality
  • Best Enterprise Award
  • European Award for Best Paractices
  • Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Malaysia

 

7. Apakah jenis penyelidikan yang dijalankan di UniMAP?

Pelbagai penyelidikan dan inovasi UniMAP telah dijalankan dengan kerjasama Pusat-pusat Kecemerlangan yang  memberikan pengkhususan di dalam bidang-bidang penyelidikan keutamaan universiti dan menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Antara jenis penyelidikan yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu internal grant dan external grant.

Internal Grant

    • Short-term Grant

External Grant

  • Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS)
  • Long-Term Research Grant Scheme (LRGS)
  • Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)
  • Exploratory Research Grant Scheme (ERGS)
  • Prototype Developmet Research Grant Scheme (PRGS)
  • ScienceFund MOSTI

8. Apakah bahasa pengantar yang digunakan?

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Universiti. Walau bagaimanapun Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk membantu dalam kerjaya mereka. Bagi kursus-kursus yang diajar dalam Bahasa Inggeris, peperiksaan akan dijalankan dalam bahasa yang sama.

9. Apakah Program Pengajian yang ditawarkan oleh UniMAP?

Berikut merupakan senarai Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UniMAP:

Bil.

Program

1.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Mikroelektronik)

2.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektronik)

3.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Fotonik)

4.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Komputer)

5.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Perhubungan)

6.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rangkaian Komputer)

7.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Mekatronik)

8.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Mekanikal)

9.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan)

10.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Sistem Elektrik)

11.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektronik Industri)

12.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga)

13.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Pembuatan)

14.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rekabentuk Produk)

15.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Bahan)

16.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Metalurgi)

17.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Polimer)

18.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Bioproses)

19.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Biosistem)

20.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Alam Sekitar)

21.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Awam)

22.

Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan Kejuruteraan)

23.

Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa)

24.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Bioteknologi Industri)

25.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Rekabentuk Rangkaian Elektronik)

26.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Kuasa Industri)

27.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pemesinan)

28.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Sistem Pertanian)

29.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) (Pembinaan)

30.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pembangunan Produk)

31.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pemprosessan Bahan)

32.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) (Teknologi Robotik & Automasi)

33.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Sistem Elektronik)

34.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Elektronik Bersepadu)

35.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik)

36.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Proses Kimia Industri)

37.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian)(Agromakanan)

38.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Teknologi Sukan)

38.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) (Bangunan)

40.

Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian)

Berikut merupakan senarai Program Diploma yang ditawarkan di UniMAP:

Bil.

Program

1.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mikroelektronik)

2.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan)

3.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi)

4.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer)

5.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik)

6.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)

 

10. Adakah UniMAP menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi (Master dan PhD)?

Ya, UniMAP ada menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari Pusat Pengajian Siswazah.

 

11. Berapakah Yuran Pengajian di UniMAP?

Pelajar Malaysia (Sesi 2014/2015)

Program

Yuran Tidak Berulang

Yuran Berulang (Setiap Semester)

Jumlah

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

RM 730.00

RM 1370.00

RM 2100.00

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

RM 730.00

RM 1370.00

RM 2100.00

Ijazah Sarjana Muda Perniagaan

RM 715.00

RM 1220.00

RM 1935.00

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu

RM 715.00

RM 1220.00

RM 1935.00

Diploma

RM 551.00

RM 970.00

RM 1521.00

Pelajar Antarabangsa (Sesi 2014/2015)

Program

Yuran Tidak Berulang

Yuran Berulang (Setiap Semester)

Jumlah

Ijazah Kejuruteraan

RM 3060.00

RM 4710.00

RM 7770.00

Ijazah Perniagaan

RM 3060.00

RM 3710.00

RM 6770.00

Program

Yuran Pengajian

Kursus Bahasa Inggeris

RM 10,310.00

 

 

 

 

12. Berapakah bilangan pelajar tempatan di UniMAP sekarang?

Jumlah pelajar tempatan untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan diploma sesi 2014/2015 ialah  8,643 pelajar.

13. Berapakah bilangan pelajar antarabangsa di UniMAP sekarang?

Jumlah pelajar antarabangsa untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi 2014/2015 ialah 462 pelajar.

14. Berapakah peratusan pensyarah yang memegang Ph.D di UniMAP?

Bagi tempoh 2014, peratusan pensyarah di UniMAP yang mempunyai Ph.D ialah 28.1% (276 orang pensyarah).

15. Berapakah bilangan Alumni UniMAP?

Sehingga tahun 2014, bilangan alumni UniMAP telah mencecah 8,960 orang  dan jumlah alumni yang telah bekerja dalam pelbagai sektor mencecah 7,160 orang.

16. Berapakah peratusan kebolehpasaran graduan UniMAP?

Sehingga tahun 2014, peratusan kebolehpasaran graduan UniMAP ialah 78% yang merangkumi pelbagai sektor.

17. Bagaimanakah pendekatan pengajaran dan pembelajaran di UniMAP?

Pendekatan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di UniMAP bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah merangkumi komponen teori dan praktikal. Oleh kerana UniMAP merupakan universiti kejuruteraan, penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran lebih kepada praktikal seperti di dalam makmal, Teaching Factory, E-pembelajaran dan pendedahan kepada industri yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan lebih berkesan dan efektif.

Selain itu, bagi pendekatan pengajaran dan pembelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah pula terdapat pelbagai jenis dan mengikut mod yang ditawarkan antaranya Mod Penyelidikan, Mod Campuran dan Mod Kerja Kursus. Pendekatan yang diamalkan ini lebih fleksible dan memberi keselesaan kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan dan kerja kursus.

18. Bagaimanakah UniMAP menguruskan  hal-hal yang berkaitan dengan pelajar?

Secara amnya semua hal ehwal pelajar diuruskan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP. Bahagian pengambilan pelajar dan urusan pelajar yang lain pula diuruskan oleh Bahagian Akademik, Jabatan Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa).

19. Bagaimanakah universiti  membantu bakal-bakal graduan UniMAP menambahkan kemahiran mereka supaya dapat bersaing di pasaran?

Pihak Universiti mengaturkan pelbagai program dari semasa ke semasa untuk membantu bakal-bakal graduan UniMAP bagi  meningkatkan kebolehpasaran mereka seperti Career Talk & career Fair, kolaborasi dengan industri, lawatan pelajar ke industri, program latihan industri, penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum, kemahiran insaniah dan pelbagai lagi.

20. Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di UniMAP?

Bagi memberi keselesaan yang kondusif kepada para pelajar, pelbagai kemudahan asas disediakan oleh pihak universiti. Kesemua kemudahan yang dimiliki universiti-universiti awam lain di Malaysia juga dimiliki UniMAP. Antara kemudahan yang disediakan merangkumi dewan/bilik kuliah, makmal pengajaran dan penyelidikan, dewan peperiksaan, perpustakaan, pusat pelajar, kolej kediaman, cafeteria, pusat rekreasi, pusat kejuruteran, kilang mengajar, stesen penyelidikan agroteknologi dan pelbagai lagi.Pihak universiti sangat menitikberatkan keselesaan dan kualiti pelajar  tidak sesekali dikompromi.

21. Di manakah lokasi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra dan berapakah bilangan buku dan koleksi lain yang ada di sana?

Lokasi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra terletak di Kampus Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis, 02600, Arau, Perlis. Untuk sebarang pertanyaan mengenai perpustakaan, boleh menghubungi Tel : +604-9885420 atau Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

22. Apakah keistimewaan makmal-makmal di UniMAP?

Makmal-makmal UniMAP dilengkapi peralatan moden yang digunakan untuk tujuan pembelajaran sejak Tahun 1 pelajar berada di UniMAP. Beberapa makmal sudahpun mendapatkan pengiktirafan kerana menurut sistem yang digariskan di dalam MS 1722:2005 & OHSAS 18001:2007 & Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 17025: Health and Safety Operational Procedures Implementation for Laboratory and Equipment. Makmal-makmal yang dimaksudkan ialah: 
Mechanical Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Chemical & Mechanical Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar Chemical & Food Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses (dalam proses akreditasi (2013))

23. Adakah UniMAP menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar?

Bagi memberi keselesaan yang optimum kepada pelajar, UniMAP menyediakan kemudahan kolej kediaman dan semua pelajar wajib untuk mendiami kolej kediaman. Antara kolej kediaman yang terdapat di UniMAP ialah:

  • Kolej Kediaman Antarabangsa
  • Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman  (KolejKediaman PFI 1, Kampus Pauh Putra)
  • Kolej Kediaman Tun Abdul Razak
  • Kolej Kediaman Tun Hussien Onn
  • Kolej Kediaman Tun Dr. Mahathir
  • Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
  • Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba
  • Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani
  • Kolej Kediaman Tun Fatimah
  • Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
  • Kolej Kediaman UniCITI Alam

 

24. Bagaimanakah pelajar bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain?

Sistem bas UniMAP ada disediakan bagi memudahkan pelajar untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain mengikut jadual pergerakan bas. Jadual bas boleh didapati Laman Utama atau di dalam portal UniMAP. Pelajar tidak perlu membayar tambang setiap kali menggunakan bas kerana tambang sudah termasuk di dalam bayaran yuran yang dikutip pada awal semester.

Hampir kesemua bas UniMAP ada dilengkapkan dengan kemudahan wi-fi. Kemudahan penggunaan basikal di Kampus Alam Pauh Putra juga telah dilancarkan. Ini adalah sebahagian Projek U-Sikal UniMAP yang dijalankan di bawah inisiatif Kampus Lestari UniMAP.

 

25. Siapakah yang perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak universiti?

Rumah Universiti,
Universiti Malaysia Perlis,
Kampus Kubang Gajah,
02600 Arau Perlis
Tel : 04-9798008
Faks : 04-9798422

E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.