matlamat

MATLAMAT MENAIKTARAF PUSAT     :

Adalah penting untuk menjadi pusat perkhidmatan yang menekankan aspek kekuatan aqidah, ketrampilan diri, personaliti dan akhlak yang unggul sesuai dengan status mahasiswa kejuruteraan sebagai golongan ilmuan, cendekiawan dan intelektual.

Untuk mencapai matlamat tersebut Pusat Islam akan:

Merancang dan menganjurkan aktiviti mahasiswa yang berbentuk kecemerlangan sahsiah dan  kecemerlangan akademik yang selari dengan misi dan visi UniMAP untuk menjadikan lepasan UniMAP lebih berakhlak mulia.

Merancang dan menganjurkan aktiviti yang dapat menggalakkan dan memberi peluang kepada semua warga kampus untuk mempraktikkan dan menghayati agama Islam yang syumul dan kamil mengikut acuan al Quran dan as Sunnah.

Merancang, menganjur, menyelaras dan mengendalikan aktiviti bagi tujuan pendidikan, penyebaran, pengembangan dan percambahan ilmu, kemajuan Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta kemahiran beribadah kepada semua warga kampus.

Menyediakan khidmat professional dan perundingan kepada warga kampus dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia), Institut Dakwah Islam (PERKIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JHEAIPs (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis), Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis serta Pusat-Pusat Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam urusan keagamaan.

Memberi kefahaman kepada orang yang bukan Islam tentang ajaran Islam yang sebenar.

Memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Pecahan Unit Unit

Unit Pentadbiran & Kewangan


Unit Perhubungan Antarabangsa


Unit Dakwah, Kebajikan Dan Takmir Masjid


Unit Dokumentasi, Sumber Dan Multimedia


Unit Penyelidikan Dan Runding Cara Islam


Unit Pembangunan Modal Insan Dan Hadhanah

Public Relations, Islamic Counseling and Endowments Unit

Public Relations, Islamic Counseling and Endowments Unit

  • Develop cooperation between UniMAP and international universities especially from middle east
  • Assist UniMAP to obtain fund for development of Islamic Center Complex in Main Campus, Ulu Pauh

 

 
adib 

The Responsible Officer

Muhammad Adib Bin Haji Hassan

Senior Islamic Affairs Officer