Background

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Dahulunya Pusat Islam hanya dikenali sebagai Unit Agama Islam yang ditubuhkan pada Julai 2003. Unit Agama Islam juga berperanan sebagai penyelaras segala aktiviti keagamaan, rohani serta pengisian-pengisian agama kepada mahasiswa dan mahasiswa serta seluruh kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Secara umumnya Unit Agama Islam tidaklah memfokuskan kepada bidang-bidang pengkhususan tertentu sebaliknya lebih bersifatkan kepada kebajikan (menyelaras aktiviti keagamaan untuk warga kampus serta khidmat nasihat dan sebagainya.

Selaras dengan perkembangan UniMAP dengan terbina kampus tetap alam di Ulu Pauh Perlis serta pertambahan bilangan pelajar dari tahun ke setahun maka akan terbinalah Pusat Islam bagi meneruskan percambahan minda mahasiswa dan mahasiswi muslim. Dengan adanya Pusat Islam ia mampu meletakkan asas akidah yang kuat serta melahirkan modal insan yang bermoral walaupun di luar bidang pengajian yang mengenal hakikat duniawi serta ukhrawi.

Proses Pendidikan kerohanian diserapkan melalui pelbagai aktiviti seperti kelas pengajian Al-Quran , kelas Pengajian selepas maghrib, kelas fardhu 'Ain, seminar, forum, bengkel dan penyebaran risalah dari masa ke semasa. Pusat Islam amat menggalakkan seluruh warga kampus UniMAP menggunakan kompleks ini bagi aktiviti dan program keagamaan secara berjemaah di samping memberi peluang termasuk kepada yang bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Dalam perkembangan yang lain pula, UniMAP akan mempunyai 3 kelompok kampus yang akan dibina iaitu di Ulu Pauh ( Kampus Utama ), Kampus Bandar ( Jejawi,Seriab & Kangar ) dan Kampus Sg. Chuchuh (Pusat Agroteknologi). Maka pecahan serta unit-unit kecil Pusat Islam akan terbentuk bagi memastikan setiap perancangan dan penyelaras terhadap aktiviti keagamaan dapat di salurkan.

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

allawardsThe spectacular international achievement of UniMAP. This page collected all the achievements of UniMAP.