Transit

UniMAP mempunyai dua buah Transit. Transit yang pertama ialah Transit di dalam Tadika UniMAP Kangar. Tetapi di Transit ini hanya boleh menerima 5 orang sahaja murid-murid kerana berkongsi dengan Tadika. Kebanyakkan murid-murid di Transit Tadika terdiri daripada abang dan kakak kanak-kanak Tadika. Transit di Tadika mula beroperasi pada Januari 2015. Waktu operasi bagi Transit di Tadika ialah pada pukul 1.00 tengah hari sehingga pukul 6.00 petang. Guru Transit hanya seorang yang juga adalah guru yang sama bagi Tadika. Murid-murid akan dibantu dalam membuat kerja sekolah, diberikan makan tengah hari dan minum petang.

Transit kedua ialah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Kampus Tetap Pauh. Transit ini dibina pada April 2015. Transit di Pauh beroperasi dari pukul 1.00 tengah hari sehingga 6.00 petang. Guru Transit hanya seorang. Jumlah murid-murid tetap harian ialah dua orang dan jumlah murid-murid yang hanya datang sekali-sekala ialah seramai 10 orang. Murid-murid akan dibantu dalam membuat kerja sekolah, diberikan makan tengah hari dan minum petang.

Pada waktu cuti sekolah jumlah murid-murid yang menghadiri Transit ialah seramai 10 orang di Pauh dan 5 orang di Kangar. Aktiviti yang dijalankan sempebna cuti sekolah di Transit Pauh ialah seperti Kelas Intensif untuk murid-murid darjah 1 hingga 6 tahun. Seramai 12 orang murid-murid menghadiri Kelas Intensif ini.

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker