Tadika

UniMAP hanya mempunyai sebuah Tadika iaitu di Taman Mewah, Kangar dan dinamakan TadikaPewaris Generasi UniMAP Satu Kangar.Tadika Pewaris Generasi UniMAP Satu, Kangar mula dibangunkan pada bulan Januari 2014 dan adalah premis perkhidmatan ketiga di bawah Pusat Pewaris Generasi UniMAP yang dibina. Jumlah kanak-kanak di Tadika Pewaris Generasi UniMAP Satu, Kangar kini ialah seramai 35 orang.Tadika menerima anak berumur 4 hingga 6 tahun. Terdapat seorang pengusaha dan 6 orang staf di Tadika Pewaris Generasi UniMAP Satu, Kangar. Waktu operasi Tadika bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang.Tadika menggunakan silibus Kurikulum Pendidikan Prasekolah. Antara subjek yang diajar di Tadika ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik dan Sains. Anak-anak Tadika di didik sehingga mereka boleh membaca, menulis dan mengira dalam ketiga-tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker