Kafa

Terdapat hanya satu sahaja KAFA di UniMAP yang beroperasi di Taska UniMAP, Taman Mewah, Kangar. KAFA menggunakan premis Taska kerana ketiadaan bangunan yang kosong dan bersesuaian. Hal ini tidak menganggu operasi Taska kerana KAFA beroperasi hanya pada hari Rabu dan Khamis pada pukul 6.30 petang hingga 9.00 malam. Terdapat 3 orang Ustazah yang mengajar KAFA dan dibahagikan dalam tiga kelas iaitu IQRA, MUQADDAM dan AL-QURAN. Terdapat 30 orang murid KAFA yang terdiri dari umur 3 hingga 11 tahun. Ustazah-ustazah ini juga adalah Ustazh KAFA di Sekolah dan mempunyai pengalaman yang banyak. Antara aktiviti dan subjek yang dijalankan di KAFA UniMAP ialah membaca IQRA, MUQADDAM dan AL-QURAN, mengambil wudhuk,Solat jemaah, Aqidah, Akhlak, Sirah dan Tajwid.

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker