KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM BERJAYA

Posted in berita

KUALA PERLIS, 23 Oktober 2011, Unit Pembangunan Modal Insan & Hadhanah Pusat Islam UniMAP telah berjaya menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan Islam 2011 pada 22 & 23 Oktober yang lalu. Kursus berkenaan telah dilaksanakan di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Kg. Wai, Kuala Perlis dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 130 orang peserta. Program yang terbuka untuk kakitangan dan siswa siwi UniMAP ini merupakan pra-syarat yang harus dipenuhi oleh bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan.

KURSUS PEMANTAPAN SOLAT SIRI I BILANGAN I

Posted in berita

KUALA PERLIS, 28 Oktober 2011, Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis telah mengadakan Kursus Pemantapan Solat Siri I Bilangan II untuk tahun 2012 ini. Kursus tersebut dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Modal Insan & Hadhanah Pusat Islam UniMAP dan telah diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Kg. Wai, Kuala Perlis bermula jam 8 pagi dan berkahir pada jam 5 petang.

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL-QURAN..!!!

Posted in Ilmiah

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL-QURAN..!!!

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran... adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad SAW tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?

Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Mari kita belajar ,,,

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan-kawan. Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik-adik kita, ahli keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat pahala..-

Ibadah Korban di UniMAP di Sambut Meriah

Posted in berita

Kangar, 8 Nov – Sambutan Hari Raya Aidiladha yang sinonim dengan ibadah korban disambut meriah oleh warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) apabila 15 ekor lembu dikorbankan hari ini.

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker