Selamat Datang ke Website Pusat Islam

Pusat Islam UniMAP

Ramadhan

KANGAR, 23 Jun  - Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan, Universiti Malaysia Perlis melalui Pusat Islamnya mengedarkan lebih 10,000 bungkusan bubur lambuk yang akan diedarkan dalam tiga fasa mulai hari ini.

1


Read More...

BENGKEL ‘OH MUDAHNYA...

14 Mac 2016,Pauh. Pusat Islam UniMAP dengan julung kalinya telah menganjurkan bengkel “Oh Mudahnya Tajwid” bertempat di Surau Pauh Putra UniMAP. Bengkel ini telah berlangsung pada 14 Mac 2016 bersamaan hari Isnin dan bengkel ini disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada umur 6 tahun sehingga 12 tahun. Kebanyakkan peserta yang terlibat di dalam bengkel ini adalah terdiri daripada anak anak staf UniMAP.


Read More...

Pusat Islam Anjur Ke...

17 Disember 2015, Padang Besar. Pusat Islam buat pertama kalinya berjaya menganjurkan Kem Ibadat Solat Insan Cemerlang. Program yang berlangsung selama dua hari sejak kemarin itu turut disertai seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada 30 orang lelaki dan bakinya adalah peserta perempuan yang berumur dari 6 tahun hingga 13 tahun.


Read More...
in berita
12. 10. 29
Hits: 729

ARAU: Sebanyak 17 ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan sempena Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat UniMAP 1433 Hijrah / 2012 Masihi yang diadakan di Kampus Kubang Gajah UniMAP, baru-baru ini.


Majlis yang menjadi acara tahunan UniMAP itu, disertai kira-kira 200 staf dari pelbagai jabatan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha1433 Hijrah.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UniMAP, Muhammad Adib Hassan berkata, jumlah penyertaan peserta yang mengambil bahagian dalam melaksanakan ibadah korban di UniMAP meningkat dari tahun ke tahun.

“Dari apa yang dapat dilihat, program ibadah korban UniMAP sentiasa mendapat sambutan sejak kita bermula dari tahun 2003. Ia bukan sahaja disertai staf UniMAP semata-mata, malah ada juga kalangan ahli keluarga mereka yang berminat untuk turut serta melaksanakan korban di sini,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi, selepas selesai majlis tersebut, semua daging yang disedekahkan peserta korban akan diagihkan di rumah anak-anak yatim serta rumah kebajikan di sekitar Perlis.Untuk rekod, pada tahun lalu, UniMAP telah mengorbankan sebanyak 15 ekor lembu Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat UniMAP 1432 Hijrah.

http://www.unimap.edu.my/template01.asp?tt=news&newsID=855