Selamat Datang ke Website Pusat Islam

Pusat Islam UniMAP

Ramadhan

KANGAR, 23 Jun  - Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan, Universiti Malaysia Perlis melalui Pusat Islamnya mengedarkan lebih 10,000 bungkusan bubur lambuk yang akan diedarkan dalam tiga fasa mulai hari ini.

1


Read More...

BENGKEL ‘OH MUDAHNYA...

14 Mac 2016,Pauh. Pusat Islam UniMAP dengan julung kalinya telah menganjurkan bengkel “Oh Mudahnya Tajwid” bertempat di Surau Pauh Putra UniMAP. Bengkel ini telah berlangsung pada 14 Mac 2016 bersamaan hari Isnin dan bengkel ini disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada umur 6 tahun sehingga 12 tahun. Kebanyakkan peserta yang terlibat di dalam bengkel ini adalah terdiri daripada anak anak staf UniMAP.


Read More...

Pusat Islam Anjur Ke...

17 Disember 2015, Padang Besar. Pusat Islam buat pertama kalinya berjaya menganjurkan Kem Ibadat Solat Insan Cemerlang. Program yang berlangsung selama dua hari sejak kemarin itu turut disertai seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada 30 orang lelaki dan bakinya adalah peserta perempuan yang berumur dari 6 tahun hingga 13 tahun.


Read More...
in berita
11. 12. 06
Hits: 1538

Kuala Lumpur, 4 Disember – Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan satu majlis minum petang bagi meraikan tempoh berakhirnya kontrak His Excellency, Muhammad Redho Abu Al-Hayel sebagai Duta Besar di Malaysia.


Jamuan itu dianjurkan sebagai satu penghargaan buat Muhammad Redho atas segala sumbangan dan bantuan yang diberikannya sepanjang menjawat jawatan sebagai Duta Besar di Malaysia.

Antara sumbangan yang paling besar ialah menggerakkan permohanan UniMAP untuk mendapatkan dana bagi membangunkan Pusat Islam UniMAP serta menganugerahkan kuota haji untuk warga UniMAP.

Majlis ringkas itu turut dihadiri oleh Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin dan Isteri, Datin Noridah Yaman. Lebih bermakna, Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Pro-Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan berangkat hadir.

Tuanku Canselor yang juga Raja Muda Perlis, dalam titah ucapannya berharap permohonan UniMAP untuk mendapatkan dana pembangunan Pusat Islam akan membuahkan kejayaan.

Baginda seterusnya mengucapkan selamat maju jaya buat Muhammad Redho dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin selama ini akan terus berkekalan walaupun berlainan lokasi kini.
“Beta juga mengharapkan agar beliau dapat melapangkan masa untuk mengunjungi dan menziarahi warga UniMAP selepas ini,” titah baginda.