en EN ms MS

Misi & Bantuan Banjir Komuniti 2024

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) telah mengikuti misi bantuan banjir yang bertempat di SMK Dato' Sheikh Arau. Misi bantuan ini melibatkan bantuan pembersihan kawasan sekolah yang terjejas disebabkan banjir yang berlaku. Misi ini melibatkan beberapa PTJ lain Universiti Malaysia Perlis dan beberapa kumpulan mahasiswa. PIMPIN turut berkesempatan menyediakan sarapan dan minuman kepada para sukarelawan yang telah menyertai misi bantuan banjir tersebut.

Selain itu, PIMPIN turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada warga UniMAP yang telah terjejas disebabkan banjir. Sumbangan Bakul Makanan ini telah disampaikan secara terus kepada mangsa berdasarkan maklumat yang telah diterima.