en EN ms MS

UniMAP Sambut Maal Hijrah Setiap Tahun - Bernama

“Konsep hijrah ini, jika dihayati, mampu merubah diri orang beriman dalam pelbagai konteks termasuk mengadakan hubungan dan kerjasama dengan pihak yang membawa kebaikan,” katanya kepada Bernama pada majlis sambutan di kampus induk UniMAP di sini, hari ini.

22228293 1473752922745593 171271723705015053 n

Pada majlis itu, ceramah Maal Hijrah dan penyampaian anugerah kepada warga UniMAP turut diadakan.

Pengarah Pusat Islam UniMAPHassan Arshad dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah UniMAP 2017 manakala pengarah Pusat Kesihatan universiti itu Prof Madya Dr Mohamad Iqbal Omar dan pengawal keselamatan Nordin Harun masing-masing menerima anugerah khas Tokoh Harapan Maal Hijrah.

Dua pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pemesinan dan Integrasi Eletronik, Muhammad Syahmi Ahmad Tamili dan Nur Syuhada Tasnim Kayati pula menerima anugerah khas Tokoh Siswa Islam.- BERNAMA