en EN ms MS

Ceramah Istiqbal Ramadhan & Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1438H Peringkat UniMAP

18664326 1892713927673544 1057022681573904122 n

Arau- Penghayatan dalam menghidupkan Ramadhan dalam kalangan warga UniMAP dimulakan dengan program berunsur dakwah kekeluargaan dengan menjemput penceramah selebriti daripada program Pencetus Ummah Musim Pertama. Izzat Fathi Hisham atau lebih dikenali sebagai PU Izzat memulakan aktiviti sepanjang Ramadhan di UniMAP dengan ceramah yang bertajuk "Pendidikan Anak-Anak dalam Tarbiyah Ramadhan. Majlis berlangsung di Dewan Kecemerlangan Pauh Putra bermula pada 26 Mei 2017 jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Dr. Ku Nabil Ku Hamid@Ku Ismail, Pengarah Pusat Islam UniMAP dengan gimik pelancaran memukul rebana sebanyak tiga kali yang diselia oleh Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) UniMAP. Majlis juga disiarkan secara langsung di UniMAP fm iaitu radio rasmi UniMAP. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid kotemporari yang juga dijayakan oleh UKR UniMAP dan majlis berjaya dengan sokongan daripada warga UniMAP daripada kalangan staf dan pelajar dengan anggaran 250 orang peserta. Harapan Pusat Islam UniMAP, semoga Ramadhan kali ini membawa sinar rahmat dan berkat kepada seluruh warga UniMAP bersama keluarga khasnya juga muslimin dan muslimat di mana sahaja amnya supaya merebut ganjaran pahala yang terhidang dalam bulan mulia ini dan semoga istiqamah dalam mengejar malam al-Qadar yang mana rahmat padanya lebih daripada seribu bulan.

18664400 1892714044340199 4548615477138597934 n