en EN ms MS

Bengkel Dokumentasi MS ISO 9001: 2015

Satun- Komitmen Pusat Islam untuk menyelesaikan sistem pengurusan kualiti dan hal-hal berkaitan bahagian pengurusan yang diperlukan dalam ISO telah dijayakan dengan berlangsungnya Bengkel Dokumentasi MS ISO 9001: 2015 selama tiga hari bermula pada 30 Mac 2017 hingga 2 Mac 2017 di daerah Satun, Thailand. Seramai 10 orang penjawat awam terdiri daripada staf Pusat Islam dengan kerjasama Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PUSPEK) yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Adib Hassan selaku penyelaras program kali ini kerana ketiadaan pengarah Pusat Islam yang masih bercuti sakit. Program bermula pada 31 Mac 2017 jam 8.00 pagi bertempat di Masjid Alwi, Kangar sebagai tapak berkumpul sebelum bergerak ke Pos Imigresen Wang Kelian, Kaki Bukit. Bengkel bermula tepat jam 8.30 di Naris Phu View Resort, Satun dengan dimulakan dengan taklimat daripada Abdul Ghani Fathil, Pengurus Kualiti PUSPEK. Selama tiga hari bengkel berlangsung Pusat Islam akan mengaplikasikan sistem pengurusan kualiti (SPK) dan perkara berkaitan dengan lebih kompeten pada masa hadapan. Menurut Muhammad Adib Hassan, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan berkaitan program kali ini, "saya bersyukur dengan gerak kerja bengkel berkaitan pelaksanan ISO kali ini. Hakikatnya, program ini menuntut komitmen sepenuh hati daripada staf UniMAP untuk menjayakannya." Pusat Islam menyasarkan untuk mendapat pengiktirafan MS ISO 9001: 2005 pada 17 Julai 2017. Pengurus Kualiti PUSPEK, Abdul Ghani Fathil berkata, "saya yakin diatas kemampuan dan komitmen kesemua staf Pusat Islam untuk menjayakan misi ini." Pusat Islam melalui kerjasama PUSPEK dan bantuan pengurusan tertinggi UniMAP yakin akan berjaya mendapat pengiktiran ISO dengan meningkatkan mutu pengurusan secara sistematik dan kompeten.

 

WhatsApp Image 2017 04 04 at 10.35.35 AMWhatsApp Image 2017 04 04 at 10.35.37 AM