en EN ms MS

Kem Smart Ibadat Insan Cemerlang 3.0

Arau- Inisiatif Pusat Islam UniMAP bersempena cuti sekolah kali ini dengan jayanya telah menganjurkan sebuah kursus solat selama satu hari terbuka kepada semua khususnya anak-anak staf UniMAP. Seramai 59 orang peserta dibawah umur 6 tahun hingga 12 tahun telah menyertai Kem Smart Ibadat Insan Cemerlang 3.0 dibawah kelolaan Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Attitude Training & Consultancy pada 23 Mac 2017. Para peserta didedahkan kepada beberapa sesi khas yang menumpukan kepada perkara berkaitan tauhid, kesucian dan solat. Penyelaras program kali ini, Aiman Fikri, 27, berkata " program kali ini menerima sambutan yang baik dan maklum balas yang positif daripada para peserta dan penjaga. Program seumpama ini akan diteruskan bagi siri yang berikutnya dan akan dibuka kepada lebih ramai peserta". Usaha sebegini harus diteruskan pada masa  hadapan supaya dapat melahirkan generasi celik syariah dan memahami agama dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Anak-anak perlu dibentuk dari usia yang muda dan disemai sifat mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW mengatasi segalanya. edit