en EN ms MS

KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 1/2017

Arau - Seramai 157 orang peserta telah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Siri 1/2017 yang bertempat di Dewan Kuliah 3, Kampus Pauh Putra, UniMAP. Kursus dilangsungkan selama dua hari bermula pada 11 hingga 12 Mac. Seramai lapan orang penceramah dijemput bagi memberi perkongsian yang dibahagikan kepada 11 slot. Kursus ini dijayakan oleh Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Koperasi Jam’iyah Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perlis. Kursus bertujuan memberi platform persediaan kepada para mahasiswa dan staf UniMAP sebelum menempuh alam perkahwinan. Para peserta yang berjaya menamatkan kursus selama dua hari akan menerima sijil yang akan digunakan semasa menyerahkan borong pendaftaran perkahwinan.Picture1