en EN ms MS

Pusat Islam Anjur Kem Ibadat Insan Cemerlang

Program ini mendapat sokongan yang baik di akhirnya. Rata-rata ibubapa amat berpuas hati dan memohon agar Pusat Islam dapat menjayakan sekali lagi program seperAti ini pada musim-musim cuti sekolah yang akan datang.

Berkata pengarah program tersebut Ustaz Nasrul Che Ali. "Ini adalah pengalaman saya yang pertama setelah saya masuk berkhidmat di Pusat Islam UniMAP. Alhamdulillah semau sahabat-sahabat staf dapat membantu dan memberikan yang terbaik sepanjang program berlangsung".

Majlis ini turut di rasmikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Ustaz Muhammad Adib Haji Hassan dan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta. Beliau berkata " Syukur segalanya menjadi kenyataan tahun ini dapat juga dilaksanakan program ini yang sudah tertangguh sejak 2 tahun yang lepas. Beliau yang hadir sebagai pengganti Ustaz Hassan iaitu Pengarah Pusat Islam yang berada di Kuala Lumpur pada ketika ini menghadiri Multaqa Alumni Al Azhar. Walaubagaimana pun kami di Pusat Islam menerima segala reaksi positif dari kalangan keluarga peserta. Saya juga turut menghantar anak saya ke kem ini"

Program ini mendapat kerjasama dari Pejabat Penolong Naib Canselor ( Komunikasi dan Korporat UniMAP ). Dan kita yakin pada masa akan datang kita akan mencari sponsor untuk lebih menjayakan program sedemikian.

 

 

Photo Galeri : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.910972259023665.1073741827.308995415888022&type=3