en EN ms MS

Ucapan Penghargaan Buat Warga UniMAP

 

Kemarin 14 Julai 2015, baru sahaja tamat aktiviti yang terakhir iaitu Jejak Ukhwah yang berlangsung di Rumah Penyayang Jejawi yang mana dihadiri oleh 147 warga anak yatim dan juga rumah kebajikan yang berdekatan.

Berikut adalah kiriman email ucapan penghargaan untuk warga UniMAP

"Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH & TAHNIAH DI ATAS MENJAYAKAN SEMUA AKTIVITI IHYA' RAMADAN 1436 H 2015 M DAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sukacitanya di maklumkan bahawa Pusat Islam UniMAP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Jabatan-Jabatan dan Pusat-pusat Pengajian yang menjayakan aktiviti-aktiviti Ihya' Ramadan sepanjang Ramadan 1436 H / 2015 M. Untuk makluman berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dianjurkan :


1. Seminar Mukmin Profesional dan Majlis Perasmian Ihya' Ramadan 1436 H  - 16 Jun 2015

2. Tadarus Al Quran 18 Jun 2015

3. Bubur Lambuk 23, 30 Jun & 6 Julai 2015

4. Bicara Muslimah 22 Jun 2015

5. Solat Jumaat bersama Masyarakat Perlis 26 Jun dan 3 & 10 Julai 2015

6. Forum Agama Nuzul Al Quran 1 Julai 2015

7. Ihtifal Ihya' Ramadan 8 Julai 2015

8. Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran 24 Jun 2015

9. Pertandingan Nasyid Antara Jabatan 9 Julai 2015

10. Seminar Indahnya Islam bersama PEDIM 3 Julai 2015

11. Iftor Jamaei bersama Pelajar Antarabangsa Arab 3 Julai 2015

12. Majlis Khatam Al Quran 10 Julai 2015

14. Jejak Ukhwah @ Rumah Kebajikan 14 Julai 2015

15. Kutipan Zakat Fitrah 7 Julai 2015

16. Majlis Iktikaf 11 & 13 Julai 2015

17, Jelajah Ramadan Alumni UniMAP 28 Jun & 5 Julai 2015

18. Sumbangan Mangsa Banjir 2014  22 Jun 2015


Sesungguhnya kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua jabatan yang terlibat amatlah kami hargai. Semoga dengan usaha tersebut dibalas setimpal dengan tenaga dan masa yang dicurahkan serta dilipat gandakan ganjaran pahala di bulan yang penuh barakah ini. Jasa sebegini tidak akan kami lupai dan berharap ianya akan lebih untuk bekerjasama di masa hadapan. InsyaAllah

Bagi yang menghulurkan bantuan kewangan seperti tajaan Bubur Lambuk, cenderahati atau hamper untuk Jejak ukhwah dan beberapa aktiviti ilmiah, pihak kami mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas sumbangan tersebut. Didoakan semoga mendapat keberkatan dan diberi limpahan rezeki berpanjangan. Barakallahu Fikum (Semoga Allah Memberkati Kamu Semua).

Dalam pada itu, kami membuka sebarang cadangan untuk pemurnian di masa akan datang. Mohon email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Di kesempatan ini, Pusat Islam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga UniMAP. Raikanlah dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan kembali kepada fitrah. Jagalah adab-adab ketika menyambut Hari Kemenangan bagi umat Islam.  Moga kita mendapat keberkatan sepanjang Ramadan Al Mubarak dan menatijahkan taqwa di sisi Allah Azzawajal."

kadraya2015