Surau yang terletak bersebelahan PPK Sistem Elektrik ini mampu memuatkan seramai 600 orang jemaah lelaki dan perempuan dalam satu masa. Surau ini hanya sementara menunggu proses permohonan Dana Pusat Islam UniMAP dari Kerajaan Arab saudi. Proses tersebut memakan masa dan akan mendapat keputusan muktamad sebelum Jun 2014. Walaubagaimana pun sekiranya permohonan itu tidak berjaya. UniMAP masih mempunyai peruntukkan untuk pembinaan masjid. Sudah pastinya warga UniMAP amat teruju dengan pembinaan surau tersebut sementara menunggu urusan dana yang belum selesai.
Majlis yang simple dimulakan dengan laungan azan oleh Y.Bhg Naib Canselor sebagai simbol perasmian dan seterusnya menunaikan solat hajat untuk MH370 yang masih buntu pencariannya. Al Fadhil Ustaz Haji Hassan Arsyad selaku pengarah mengimami solat zohor dan juga solat hajat bagi memudahkan urusan pencarian tersebut. Kemudian di teruskan lagi dengan ucapan dan amanat kepada warga UniMAP agar memanfaatkan dengan sebaik-baiknya surau tersebut dengan aktiviti yang manfaat untuk semua pelajar dan staf.
Dalam pada itu, majlis diteruskan lagi dengan perlantikan Dekan PPK Mikro Elektronik Dr. Rizal sebagai pengerusi surau untuk menjalankan tanggungjawab memimpin serta penguruskan perjalanan surau.
Solat jumaat juga akan dilaksanakan di surau tersebut dalam beberapa bulan yang akan datang. Untuk masa sekarang perlantikan imam tetap sedang diuruskan bagi mendapat status sebagai surau jumaat.