Disamping itu, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada segi bilangan penyertaan. Pada awalnya, Pusat Islam menjangkakan peserta hanya seramai 30 orang sahaja, akan tetapi jangkauan tersebut telah mececah kepada 50 orang pelajar. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk mendidik dan menyuntik pengetahuan berkaitan ilmu agama khususnya dalam bidang pengetahuan ilmu Tajwid di dalam bacaaan Al-Quran. Asas pengetahuan ilmu tajwid ialah memelihara bacaan Al-Qur’an dari kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan (lidah) dari kesalahan membaca.

Majlis ini telah dibahagikan kepada dua sesi dimana pada sesi yang pertama mempelajari ilmu asas tajwid seperti bilangan bilangan huruf, sebutan huruf dan lain lain lagi. Disusuli dengan sesi yang kedua iaitu sesi praktikal bersama dengan fasilitator yang terdiri daripada staf Pusat Islam. Selain itu juga, Pusat Islam telah menjemput penceramah luar iaitu Ustaz Muhammad Taisir bin Mohd Hussin yang merupakan guru di Al-Maad dan Ustaz Ismail Bin Romli bekas Qari Negeri Perlis bagi memantapkan lagi pengisian ilmu untuk para peserta.

Program ini mendapat sokongan yang baik di akhirnya. Rata-rata ibubapa amat berpuas hati dan memohon agar Pusat Islam dapat menjayakan lagi program agama seperti ini pada musim-musim cuti sekolah yang akan datang bagi mencapai kebaikan seluruh masyarakat.