Pada hari pertama Pusat Islam telah mengunjungi Pusat Islam UPSI. Kami begitu teruja dengan sambutan hebat yang telah di berikan.Turut bersama hadir Pengarah dan Timb. Pengarah Pusat Islam UPSI. Dari awal sangkaan kami ingin melihat sendiri bagaimana Pusat Islam UPSI berjaya menguruskan hal ehwal zakat di UPSI sehingga hampir 1 juta dalam setahun. Ternyata dengan sistem yang efisyen mereka berjaya meyakinkan Bank dan NGO luar untuk sama-sama menyalurkan zakat untuk diuruskan oleh Pusat Islam UPSI. Kami juga dimaklumkan dengan hampir 35 akviti setiap bulan. Perkara ini disebabkan dengan wujudnya masjid kampus yang menjadi nadi terhadap banyaknya aktiviti di UPSI.

12240321 872648806189344 5374278795894039347 o

12244391 872649489522609 2349053827029097026 o

Kemudian pada hari keduanya, kami meneruskan lawatan ke Pusat Islam UPM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Di UPM turut juga diberi sambutan yang hebat. Kehebatan mereka ini juga dalam hal ehwal pengurusan masjid sehingga mendapat pengiktirafan ISO. Majlis yang dimulakan dengan nasyid asma al husna bersama-sama dan diberi taklimat oleh Mantan Pengarah Pusat Islam UPM Drs. Wan Aminurrasyid. Kedua-dua Pusat Islam bersepakat untuk saling membantu untuk Pusat Islam UniMAP diiktiraf ISO yang disasarkan pada tahun  2017. Ketika di sana kami diberi peluang melihat sendiri cara pengurusan jenazah yang mana masjid Pusat Islam UPM sentiasa mengalu-alukan pengurusan jenazah dari luar dan sekitarnya.

12238090 872652762855615 3395042872353551670 o

12238438 872653916188833 104951916939743830 o

Lawatan seterusnya ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). lawatan ini bertujuan untuk sama-sama bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa dan pelaksanaan pentadbiran. Ketika di JAKIM kami disambut oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Che Hussain Che Isa. Pertemuan hampir dua jam itu turut sama dihadiri oleh bahagian Dakwah, Bahagian Hub Halal dan Bahagian Penyelidikan. Ketiga-tiga bahagian tersebut turut menyatakan sokongan dan kerjasama di antara UniMAP dan JAKIM dalam penganjuran aktiviti yang lebih baik di masa hadapan.

12240295 872656579521900 6189561024697284469 o

12247693 872656496188575 5442257452014284050 o

Hari terakhir kami sempat melawat ke Yayadan Dakwah Islamiah (YADIM) serta Muzium Kesenian Islam Malaysia. Ketika di YADIM kami membincangkan banyak dari segi penganjuran aktiviti serta seminar untuk tahun 2016. Dengan wujudnya sahabat yadim di semua ipt. Kerjasama ini dapat diperkukuhkan lagi dengan penganjuran aktiviti. Dalam pada itu untuk projek 2016 Pusat Islam UniMAP akan mengeluarkan jurnal bersama dengan YADIM.

12265601 874322259355332 5062092255605634450 o

Telah berkata pengarah Lawatan KPI Ustaz Muhammad Adib Haji Hassan. Program lawatan perlu dilaksanakan kerana sekurang-kurangnya kita dapat melihat sendiri akan kekurangan yang kita ada. Dengan lawatan sebegini diharap semua staf di Pusat Islam akan membuka mata akan kelebihan di jabatan-jabatan lain dan bersedia untuk berubah untuk pengurusan yang lebih efisyen. Ternyata ketika lawatan di UPSI sahaja saya secara peribadi sudah begitu kagum dengan pengurusan mereka apa lagi di tempat-tempat yang lain. Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Naib Canselor yang memberi kelulusan lawatan pada kali ini. Saya bersyukur dengan perubahan positif semua staf di Pusat Islam untuk sama-sama memacu kecemerlangan Pusat Islam UniMAP dan berharap pada tahun 2016 kami diberi sekali lagi peluang untuk lawatan di sekitar pantai timur.

Sejurus pulang, Pusat Islam akan menyediakan laporan lengkap kepada Y.Bhg Naib Canselor serta solusi lawatan untuk mendapatkan sokongan pemantapan Pusat Islam ke arah yang lebih baik. Ternyata dengan adanya Masjid Pusat Islam akan lebih baik dan berharap pembinaan masjid akan menjadi keutamaan RMK-11. Pusat Islam akan menyediakan takwim tahunan 2016 dengan sasaran aktiviti-aktiviti yang lebih baik untuk warga UniMAP.

Lawatan yang dihadiri oleh semua staf di Pusat Islam dan turut bersama dalam lawatan ini ialah Dato' Alim Panglima Haji Mat Jahya b. Haji Hussin