Alhamdulillah syukur pada Allah kursus ini sangat mendapatkan permintaan yang menggalakkan dari pelajar dan staf UniMAP khususnya. Kita di Pusat Islam akan melaksanakan lagi pada bulan hadapan memandangkan permintaan kursus ini sangatlah tinggi kata Ustaz Nasrul Che Ali, Pegawai Hal Ehwal Islam yang merupakan program pertama beliau menjadi ketua setelah kemasukkannya pada awal Julai 2015.

Sementara itu, ketika perasmian sehari sebelumnya turut berucap sama Pengarah Pusat Islam, Ustaz Haji Hassan Haji Arshad yang baru sahaja pulang dari menunaikan haji di Makkah Al Mukarramah. Beliau turut bersyukur dan menyatakan kepuasan terhadap staf Pusat Islam yang begitu komited dalam gerak kerja sepanjang beliau berada di Makkah. Beliau yakin dengan semangat kerjasama berpasukan ini Pusat Islam akan menganjurkan lagi pelbagai aktiviti sementara menunggu habis tahun. Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan  hasil komitmen yang tinggi dari semua staf Pusat Islam. Yang terdekat ialah Pidato Dakwah Kebangsaan 2015 yang mana UniMAP akan menjadi tuan rumah program tersebut pada 23 Oktober minggu depan.

11

22

33

Program ini merupakan usahasama dari syarikat Pernigaan Titian Perdana yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).