Berkata Naib Canselor UniAP, melalui kaedah ini ianya menampakkan penglibatan dari staf sokongan. Faktor gaji bukanlah penghalang sebaliknya komitmen dan penghayatan dalam ibadah ini merupakan tunjang akan pengorbanan seseorang. Kita sering kali bercakap tentang penghayatan dan pengorbanan, tetapi pengorbanan yang bagaimana perlu diterapkan dalam diri. Saya berharap pada tahun hadapan 2016 Pusat Islam akan meningkatkan lagi jumlah haiwan korban ke 20 ekor InsyaAllah dengan kempen yang menyeluruh di semua pusat tanggungjawab UniMAP (PTj).

Sementara itu daging-daging ini diagihkan kepada staf dan selebihnya di 5 buah rumah-rumah kebajikan sekitar negeri Perlis.

Naib Canselor juga turun sejak malam raya ketiga bagi bergotong-royong yang bermula selepas maghrib. Seramai 200 kakitangan dari pelbagai jabatan di UniMAP turun untuk sama-sama membantu program tahunan ini sejak awal pagi.

11041105 852460044874887 6396857338730518726 n

12019753 852460108208214 3407291997722926097 n

12036744 852460004874891 4730442962091874171 n

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf terutama Pusat Islam yang bertungkus lumus dan komitmen yang terbaik sejak pagi raya kedua lagi dengan penyembelihan haiwan korban sumbangan Dato' Seri Shahidan Kassim. Tidak dilupakan juga kepada Pemangku Pengarah Pusat Islam yang memastikan majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna.

oleh : Admin Pusat Islam