“Sebagai umat Islam, kita seharusnya mampu untuk membaca Al-Quran dengan lancar, dan ini merupakan salah satu inisiatif pihak UniMAP untuk membantu semua warganya untuk melancarkan bacaan kitab suci ini.

“Saya tidak mahu menjadikan bacaan Al-Quran ini sebagai program  bermusim sahaja, tetapi ia perlu diadakan berterusan sepanjang masa,”katanya ketika berucap pada Majlis Khatam Al-Quran UniMAP, di Kampus Pauh Putra, di sini, baru-baru ini.

Turut Hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

Majlis yang diadakan selepas Solat Jumaat itu disertai kira-kira 100 peserta yang mewakili 11 pusat pangajian yang terdapat di UniMAP

http://www.unimap.edu.my/index.php/my/berita-malay/462-unimap-bakal-anjurkan-kelas-bacaan-al-quran-untuk-stafnya